Baca puisi di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Soalan Aneka Pilihan

Pilih Jawapan Yang Betul Untuk Setiap Soalan

Bermain gendang di Seri Panggung,
Kayu diambil gendang dipikul;
Berani buat beranilah tanggung,
Tangan menjinjing bahu memikul.

Badak bukan sebarang badak,
Badak beradu di tepi lombong;
Jalak bukan sebarang jalak,
Jalak biasa menang bersabung.

Kalau mengail di lubuk dangkal,
Dapat ikan penuh seraga;
Kalau kail panjang sejengkal,
Jangan lautan hendak diduga.

Sampan kotak usah dikayuh,
Dihempas ombak, tebing dipegang;
Patah sayap, bertongkatkan paruh,
Pantang menyerah di tengah gelanggang.

Puteri jelita sanjungan negeri,
Berdandan dua manis menawan;
Demi mempertahankan ibu pertiwi,
Badan dan nyawa jadi taruhan.

Kapal dagang mudik ke muara,
Membawa emas, tembaga, dan gangsa;
Berbuat jasa kepada negara,
Tentu akan dikenang bangsa.