Kita menggunakan lampu elektrik untuk menerangi kegelapan. Pada zaman dahulu, lampu elektrik tidak ada. Manusia pada zaman kuno menggunakan unggun api pada waktu malam. Setelah beberapa lama, barulah manusia tahu tentang elektrik. Tahukah kamu apakah punca-punca elektrik? Elektrik boleh dihasilkan oleh haba, cahaya, geseran, tekanan, kemagnetan dan juga tindakan kimia. Tenaga elektrik daripada haba paling senang diperoleh. Apabila dua batang logam dipanaskan, tenaga elektrik akan terhasil. Tenaga elektrik juga akan terhasil apabila bahan-bahan seperti nilon, getah, sutera atau kaca digeserkan. Jika kuartza dan “garam rochelle” ditekan, tenaga elektrik juga akan terhasil. Cahaya matahari juga dapat menghasilkan tenaga elektrik. Tindakan kimia di dalam sel basah dan sel kering juga menghasilkan tenaga elektrik. Contoh sel basah ialah bateri kereta manakala bateri lampu ialah contoh sel kering. Sel basah dan sel kering digunakan secara meluas sebagai sumber tenaga elektrik. Walaupun tenaga elektrik amat berguna kepada kehidupan manusia, tenaga elektrik juga boleh membahayakan nyawa. Contohnya apabila berlaku litar pintas, menyebabkan kebakaran dan kemusnahan harta benda. Oleh itu, kita semestinya tahu dan bijak memanfaatkan tenaga elektrik.

Soalan Aneka Pilihan

Pilih Jawapan Yang Betul Untuk Setiap Soalan